Pelumba berbasikal trek wanita negara, Fatehah Mustapa, mengakui terkilan dinafikan peluang ke final acara keirin wanita, sekali gus memusnahkan impiannya dan skuad berbasikal untuk meraih pingat dalam Sukan Komanwel Gold Coast.
Di peringkat separuh akhir di Velodrom Anna Meares semalam, Fatehah menduduki tempat ketiga, bagaimanapun penyertaan atlet dari Terengganu itu dibatalkan.
Fatehah berkata keputusan itu dibuat pegawai pertandingan selepas Kanada membuat bantahan dengan mendakwa dia melakukan kesalahan memasuki garisan mereka.
"Kalau diikutkan bantahan yang dibuat Kanada (Amelia Walsh), dia cakap saya masuk garisannya.
"Tetapi bagi saya, ketika itu tiada masalah. Saya agak terkilan dengan keputusan mereka yang membuat penyingkiran untuk saya.
"Sebelum ini, saya berlumba acara pecut dengan New Zealand, mereka masuk ke garisan saya dua kali," katanya.
Tambah Fatehah, dia yakin mampu menghadiahkan pingat untuk negara sekiranya boleh beraksi dalam pusingan akhir.
"Saya boleh rasakan, kalau saya masuk ke final, saya boleh mendapat pingat. Saya betul-betul yakin, saya boleh bawa pulang pingat.
"Saya berharap perkara seperti ini memberi semangat supaya saya berlatih lebih gigih lagi untuk ke Sukan Asia," tambahnya.
Sebelum itu, Fatehah menduduki tempat pertama di peringkat saringan.
Acara itu dikuasai tuan rumah apabila kedua-dua wakilnya, Stephanie Morton dan Kaarle McCulloch, masing-masing memenangi emas dan perak manakala gangsa diperoleh Natasha Hansen dari New Zealand.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Farina Shawati Mohd Adnan, menduduki tempat keempat.