Ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, menganggap penyertaan dalam Sukan Asia Jakarta-Palembang mencapai matlamat serta sasaran yang ditetapkan.
Empat tahun lalu di Incheon, Korea Selatan, skuad berbasikal trek negara membawa pulang satu pingat perak menerusi Fatehah Mustapa dalam acara keirin wanita di samping gangsa yang dimenangi Josiah Ng untuk acara keirin lelaki.
Lantaran itu, sasaran untuk saingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta kali ini lebih menjurus kepada meraih satu emas dengan Azizulhasni Awang menjadi taruhan utama.
Permulaan baik buat mereka apabila meraih pingat perak untuk acara pecut berpasukan lelaki yang diwakili Azizul, Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis.
"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan persembahan kami di sini dengan memenangi pingat emas, perak dan gangsa.
"Kami memang mahukan emas dalam acara pecut lelaki dan berhasil mencapainya. Dua lagi medal melengkapkan pencapaian kami.
"Ia mencerminkan bahawa kami bukannya dalam prestasi buruk," kata Beasley.
Kejayaan itu disusuli pingat emas oleh Azizul dalam acara pecut individu selain terpaksa berpuas hati dengan gangsa dalam acara kegemarannya, keirin.
Dalam pada itu, Beasley mengakui masih wujud jurang daripada segi kualiti apabila mengulas mengenai kemampuan tahap pelumba wanita negara.
Ketiadaan Fatehah yang tidak disenaraikan berikutan faktor prestasi menyaksikan Anis Amira Rosidi dan Farina Shawati Adnan menjadi taruhan di samping keupayaan Jupha Somnet mmemberi cabaran hebat untuk acara omnium.
"Mereka masih lagi muda.
"Saya tidak menaruh harapan tinggi, apatah lagi Fatehah tidak berada dalam prestasi terbaik untuk disenaraikan.
"Pelumba muda ini perlukan pengalaman biarpun kami sedar tidak akan menang jika mengetengahkan pendekatan ini.
"Apapun, ia keputusan yang saya buat dan saya gembira mengenainya," kata Beasley lagi.