Tiada sebarang sasaran khusus ditetapkan oleh ketua jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley, menjelang Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) 2018 yang akan bermula di Velodrom Nasional, Nilai, Jumaat ini.
Jadual padat buat skuad berbasikal trek negara sepanjang dua bulan ini menyaksikan Beasley perlu memastikan setiap pelumba berada di tahap terbaik, terutama bagi menghadapi Sukan Asia di Indonesia, Ogos depan.
Bermula dengan saingan ACC, beberapa pelumba kemudian akan menyertai Kejohanan Dunia di Belanda selain persiapan menghadapi Sukan Komanwel Gold Coast.
"Kami akan beraksi di sini dan terus menyertai Kejohanan Dunia sebelum menghadapi Sukan Komanwel.
"Kami perlu mengetepikan sesuatu. Selain persembahan cemerlang dan hasil pertandingan ini, saya juga tidak sabar untuk melihat prestasi pencabar-pencabar yang bakal dihadapi dalam Sukan Asia," kata jurulatih kelahiran Australia itu.
Meskipun Azizulhasni Awang serta Fatehah Mustapa menjadi taruhan dalam kejohanan di Nilai itu, Beasley mahu melihat persembahan keseluruhan anak didiknya.
Dalam masa sama, Beasley menaruh keyakinan bahawa pelumba muda negara mampu meraih sebanyak mungkin mata kelayakan untuk ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"Kita sudah menghampiri pertengahan penganjuran Sukan Olimpik. Kelayakan Sukan Olimpik akan bermula hujung tahun ini.
"Kami bekerja keras dengan kumpulan atlet muda ini untuk memastikan mereka mampu layak ke temasya Tokyo 2020.
"Saya berpuas hati dengan hasil usaha mereka setakat ini," tambahnya.