Pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mahu mencatat masa yang lebih baik bagi kategori sprint C level menjelang Kejohanan Lumba Basikal Trek Asia (ACC) di Velodrom Nasional, Nilai, hujung minggu ini.
Azizul ingin mencatat masa bawah 10 saat bagi acara pecut beraltitud rendah itu memandangkan catatan terbaik yang juga merupakan rekod kebangsaan ialah 10.073 saat yang dilakukannya dalam Kejohanan Trek Asia di Jepun, dua tahun lalu.
Beraksi di gelanggang sendiri memberi kelebihan buat Azizul yang dalam persediaan ke Kejohanan Trek Dunia (UCI) penghujung bulan ini selain cabaran pelumba Jepun yang dalam persediaan sebagai tuan rumah Sukan Olimpik 2020.
"Kita juga mempunyai Shah Firdaus yang memenangi pingat gangsa tahun lalu.
"Mungkin itu akan membantu kami berdua untuk mendapat mata layak ke Sukan Olimpik Tokyo. Kiraan mata bermula dalam Kejohanan ACC.
"Dalam masa masa, saya mahu merekodkan catatan di bawah 10 saat untuk memecah rekod sprint C level," katanya.
Azizul ditemui dalam sidang media filem biografi yang berkisarkan jatuh bangunnya sebelum bergelar juara dunia yang akan ditayangkan pertengahan tahun depan.
"Ini bukan cerita fiksyen, ia hampir dengan kehidupan sebenar, mungkinlah tidak 100 peratus tetapi 90 peratus.
"Saya pun berbesar hati untuk menceritakan kesusahan saya di peringkat awal," katanya lagi.
Filem itu turut bakal menjadi rujukan untuk tujuan penyelidikan pelajar-pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM).