Perginya seorang wartawan legenda dalam arena sukan, Datuk Hishamuddin Aun, semalam.
Bekas penasihat Astro Arena itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Sekamat, Cheras kira-kira jam 1.30 petang, hari ini.
Allahyarham akan diingati antara wartawan yang mempunyai hubungan rapat dengan Allahyarham Mokhtar Dahari (Supermokh), pada zaman kegemilangannya .
Turut hadir pada upacara pengebumian termasuklah ahli keluarga dan juga sahabat handai Allahyarham, serta dua bekas pemain bola sepak kebangsaan, Reduan Abdullah dan Kamarulzaman Yusof.
Allahyarham memulakan karier dalam dunia kewartawanan pada tahun 1979, selain terbabit dalam pelbagai penulisan bidang lain seperti politik, jenayah dan mahkamah.
Sepanjang kerjayanya, Allahyarham menyandang pelbagai jawatan penting dan berpengaruh dalam industri media negara termasuk sebagai pengarang Harian Metro, pengarang sukan Berita Harian serta penasihat di Astro Awani dan Astro arena.
Julai lalu, Allahyarham Datuk Hishamuddin menerima Anugerah Penghargaan Khas dalam satu majlis anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100 plus 2024.
"Satu kehilangan besar kerana nama Allahyarham sangat sinonim dengan SAM.
"Beliau merupakan seorang mentor kepada golongan wartawan muda," kata Presiden SAM, Norismadi Abd Manap.
"Saya mengenalinya sejak 1985 dan dia pernah mengetuai saya dari 1993.
"Dia seorang bos yang sangat baik. Sampai satu tahap kami tidak sampai hati mengecewakan dirinya," kata bekas pengarang sukan Berita Harian, Norbakti Alias.
"Allahyarham seorang penulis sukan yang cukup berpengaruh dan meninggalkan impak yang cukup besar.
"Allahyarham menonjolkan etika kerja yang cukup tinggi," kata bekas wartawan Berita Harian, Rizal Hashim.
"Apabila bersara dan menceburi bidang pengulas sukan, beliau merupakan cikgu saya.
"Banyak membantu dalam segi ayat dan perkataan. Selepas ini, tiada siapa saya ingin rujuk.
"Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang beriman," kata bekas pemain bola sepak, Richard Scully.