Skip to main content

Sukan Lain

Baru pulih, Shamil optimis pertahan pingat

shamil-100717.jpg
Masa kian suntuk buat atlet powerlifting negara, Shamil Md Saad, untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi Sukan Para ASEAN Kuala lumpur, September depan apabila baru sahaja pulih daripada kecederaan bahu kanan.

Shamil adalah antara sandaran utama negara dalam acara powerlifting, namun kecederaan bahu yang dialami sejak pulang daripada Sukan Paralimpik Rio tahun lalu kerap membelenggu dirinya dan sejak itu, dia terlepas banyak aksi kompetitif.

Meskipun sudah pulih sepenuhnya, Shamil melahirkan kerisauan tentang persiapan dirinya untuk menghadapi Sukan Para ASEAN, apatah lagi dua tahun lalu di Singapura, dia meraih emas menerusi kategori 107 kilogram.
 
"Saya sudah boleh menyertai sesi latihan dan semuanya kini nampak semakin baik," ujarnya.

Biarpun situasi tampak sukar buatnya, Shamil masih menaruh keyakinan mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Singapura.

Skuad powerlifting adalah antara penyumbang pingat yang konsisten untuk kem negara bagi Sukan Para ASEAN dan mereka berjaya membawa pulang tiga emas, dua perak dan lima gangsa pada tahun 2015.

"Buat masa sekarang, kejohanan dalam Malaysia pun sudah cukup untuk menguji sejauh mana tahap kecergasan dan kemampuan saya," tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video