Atlet pecut negara, Badrul Hisyam Abdul Manap, memohon Majlis Sukan Negeri Melaka (MSN) dan Persatuan Olahraga Amatur Melaka (POAM) untuk melepaskan dia dan dua lagi rakannya secara profesional.
Ini bagi membolehkan mereka mewakili negeri lain.
"Saya harap Melaka dapat melepaskan kami secara profesional kerana pihak pengurusan pun ada banyak benda hendak buat.
"Apa pun, saya harap semua pihak dapat memahami situasi kami ketika ini," katanya.
Dua negeri berminat untuk mendapatkan khidmat atlet berusia 20 tahun itu serta rakannya, Khairul Hafiz Jantan dan Asnawi Hashim, selain jurulatih mereka, Mohd Poad Md Kassim.
Mereka berharap agar pihak MSN Melaka dan POAM segera menyelesaikan surat pelepasan mereka walaupun sudah menghantarnya pada bulan lepas.