Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Wira tidak didendang

badmintonwanita.jpg
Beregu wanita negara, Vivian Hoo dan Chow Mei Kuan, menjadi wira tidak didendang ketika emas mereka adalah yang terakhir buat kontinjen Malaysia dan memastikan pencapaian lebih baik daripada temasya Glasgow 2014.

Turun selepas aksi menakjubkan daripada Datuk Lee Chong Wei, Vivian dan Mei Kuan perlu sesuatu untuk mencuri tumpuan dalam temasya Gold Coast 2018 ini.

Tetapi mereka mengetahui tugasan utama adalah untuk mengelak kejutan kekecewaan.

Lauren Smith-Sarah Walker dari England dicanang mampu memberikan tentangan kepada gandingan Malaysia itu.

Sebaliknya, Vivian dan Mei Kuan mempamerkan aksi hampir sempurna untuk meraih kemenangan 21-12, 21-12.

"Memang selepas Datuk (Lee Chong Wei) menang, kami lebih bersemangat untuk mendapatkan emas kedua untuk badminton. 

"Mungkin ramai orang anggap badminton kita tidak bagus sangat. Jadi, kami mahu membuktikan sebaliknya dan membuatkan rakyat Malaysia gembira," kata Vivian.

"Sudah tentu saya gembira meraih emas ini kerana ini adalah kali pertama meraihnya dalam Sukan Komanwel.

"Boleh dikatakan strategi dan persiapan kami untuk perlawanan tadi sangat baik. Ia kerana lawan dilihat sukar untuk mematikan (permainan) kami," kata Mei Kuan.

Advertisement

Must Watch Video