Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Usah salahkan jurulatih -- Peng Soon

chan-peng-soon-ying.jpg
Atlet elit seperti pakar beregu campuran negara, Chan Peng Soon, memiliki kelebihan mengawal emosi tidak mengira situasi. 

Kredibiliti skuad kebangsaan pasca Sukan Olimpik Rio 2016 makin dipersoalkan selepas berkurangannya pengaruh di pentas Sukan SEA 2017 dan terkini, Sukan Komanwel Gold Coast. 

Selain beregu lelaki, beregu campuran menjadi faktor tersungkurnya skuad badminton Malaysia di Gold Coast, apatah lagi mempertaruhkan dua wakil berbanding acara lain. 

Peng Soon dan gandingannya, Goh Liu Ying, sendiri lebih terkilan tidak menyumbang mata dalam final berpasukan campuran selain menamatkan kempen dengan gangsa individu. 

Sementara itu. Goh Soon Huat-Shevon Lai selaku gandingan nombor tujuh dunia dan pilihan utama tersingkir dalam suku akhir lalu meletakkan ketua jurulatih beregu campuran, Chin Eei Hui, dalam tekanan. 

"Pertama sekali, saya ingin mengatakan bahawa bukan senang untuk mendapatkan pingat. Sememangnya kami mempersiapkan diri demi kekuatan mental bagi mengejar pingat.

"Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada jurulatih kerana kami tahu dia berada dalam keadaan yang tertekan selepas Goh Soon Huat-Shevon Lai tewas dalam suku akhir dan kami terkandas dalam separuh akhir. 

"Kami menikmati waktu menimba ilmu bersamanya," ujar Peng Soon.

Advertisement

Must Watch Video