Beregu campuran badminton negara, Shevon Lai Jemie dan Goh Soon Huat, meluahkan kekecewaan saat tersingkir daripada peringkat suku akhir sebagai pilihan utama Sukan Komanwel Gold Coast.
Selain aksi yang mengundang banyak kesilapan sendiri, duri dalam daging adalah gandingan India, Satwiksairaj Rankireddy dan Ashwini Ponappa.
Mereka sebelum ini bertanggungjawab membantu India merampas emas berpasuknan campuran dengan menewaskan gandingan senior Malaysia, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying.
Suku akhir yang bermula seimbang hari ini menjadi mimpi ngeri buat Shevon dan Soon Huat.
Tewas set pertama 21-19, gandingan negara itu cuba bangkit, malah berada di depan dalam set kedua, 17-14, namun tetap tersungkur dengan catatan sama.
"Saya fikir kami tidak tidak melakukan yang terbaik hari ini. Permainan kami tidak berada di tahap memuaskan.
"Seperti yang saya cakap, kami mencuba yang terbaik. Tidak tahu nak cakap apa.. mengecewakan kerana saya mengharapkan sesuatu," kata Shevon.
"Bagi saya, kami terlalu memberi banyak tekanan. Ia membuatkan aksi kami tidak konsisten dalam gelanggang," kata Soon Huat.