Meskipun menahan kesakitan, pemain badminton wanita negara, Soniia Cheah, bersama gandingannya, Shevon Jemie Lai, membuka kempen beregu wanita dengan kemenangan mudah ke atas lawan dari Ghana, sebentar tadi.
Soniia, yang cedera ketika beraksi dalam acara berpasukan campuran kelmarin, tetap turun bergandingan dengan Shevon untuk melakar kemenangan 21-8 ke atas Grace Atipaka-Gifty Mensah dalam set pertama.
Gandingan negara itu kemudian mempamerkan aksi lebih meyakinkan dalam set kedua untuk mencatat kemenangan 21-4 untuk layak ke pusingan seterusnya.
"Sudah tentu kesakitan dirasai apabila mengalami kecederaan. Saya tidak mahu memikirkannya dan hanya fokus.
"Malam ini akan ada acara perseorangan dan saya akan melakukan yang terbaik," katanya yang mendapat laluan percuma dalam pusingan pertama acara perseorangan dan akan menentang Rachael Darragh dari Ireland Utara.