Malaysia turun tanpa Datuk Lee Chong Wei tetapi tetap mengesahkan kemaraan ke suku akhir berpasukan campuran dengan kemenangan ke atas Seychelles yang turut menyaksikan seorang pemain beregu campuran mencuri perhatian.
Kali terakhir Goh Soon Huat beraksi dalam acara perseorangan adalah pada September 2016.
Sejak itu, dia diserap ke skuad beregu campuran untuk bergandingan dengan Shevon Lai Jemie.
Malah, dia dan Shevon ketika ini adalah beregu campuran nombor satu negara menerusi ranking kelapan dunia.
Tetapi keperluan merehatkan Chong Wei untuk aksi lebih penting memaksa Soon Huat untuk mengetuai cabaran negara.
Terbukti dia kekok dalam set pertama meskipun merekodkan kemenangan straight set 21-10, 21-5 ke atas Kervin Gishlain.
Seychelles memberikan mata percuma dalam acara peseorangan dan beregu wanita.
Beregu lelaki, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, serta Soon Huat-Shevon menghadiahkan mata juga menerusi kemenangan straight set.
"Kali ini cukup berbeza. Sebelum ini ada yang teman untuk masuk ke gelanggang tetapi kali ini berseorangan.
"Saya yakin dengan rakan sepasukan saya. Walaupun saya tidak diturunkan, saya akan sokong mereka," kata Soon Huat.