Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Skuad berpasukan campuran hadapi ujian England

liuyingpengsoon.jpg
Skuad badminton negara berdepan ujian menentang England dalam pemburuan ke final berpasukan campuran Sukan Komanwel Gold Coast.

Tugas berat sudah semestinya di bahu beregu campuran, sama ada Chan Peng Soon-Goh Liu Ying diturunkan atau Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie.

Ini kerana menanti mereka adalah gandingan di ranking ke-10 dunia, pasangan suami-isteri, Chris dan Gabrielle Adcock.

"Kami sudah berdepan mereka dan mengetahui cara permainan mereka, kami akan cuba memastikan permainan cemerlang," kata Liu Ying.

Satu lagi pertembungan sengit dijangka menerusi beregu lelaki ketika taruhan England, Marcus Ellis dan Chris Langridge juga di tahap terbaik.

Elemen yang ditekankan beregu negara, Tan Wee Kiong dan Goh V Shem, adalah untuk mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

"Lawan kami memiliki permainan yang berkualiti dan kami akan berusaha untuk mengelak daripada kerap melakukan kesilapan," kata V Shem.

Wee Kiong dan Datuk Lee Chong Wei turut berkongsi apa yang bermain di fikiran skuad negara menjelang aksi menentang England ini.

"Setiap beregu memiliki kekuatan serta kelebihan yang berbeza. Kami akan memastikan setiap perancangan dapat dilaksankan apabila turun ke gelanggang," kata Wee Kiong.

"Ini merupakan acara berpasukan, seorang kalah, seluruh pasukan akan mengalami kekalahan tersebut. Tanggungjawab harus dipikul setiap pemain," kata Chong Wei.
 

Advertisement

Must Watch Video