Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Shevon ikrar tampung kecederaan Soniia

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

shevonlai11418_1.jpg
Pemain beregu wanita negara, Shevon Lai Jemie, mengakui perlu memainkan watak penting dalam pemburuan pingat acara beregu wanita Sukan Komanwel Gold Coast susulan kecederaan yang melanda pasangannya, Soniia Cheah. 

Soniia mengalami kecederaan buku lali ketika beraksi dalam acara berpasukan campuran. Namun, dia tetap mengambil bahagian dalam acara beregu dan perseorangan hari ini. 

Menyedari Soniia terpaksa beraksi dalam kesakitan, Shevon kini menggandakan usahanya untuk memastikan mereka mampu melangkah jauh. 

Bagaimanapun, Shevon-Soniia tidak berdepan masalah membuka kempen beregu wanita apabila mudah menewaskan wakil Ghana, Grace Atipaka-Gifty Mensah 21-8, 21-4 dalam tempoh 17 minit. 

"Saya akan buat yang terbaik. Kalau boleh lakukan dengan lebih lagi. Pasangan saya pun cedera, tidak boleh buat apa-apa. Saya perlu tampung lebih banyak.

"Kami mahu memberi tekanan dan bermain dengan kemampuan kami. Kalau kaki dia sakit, dia perlu buat apa yang terdaya sahaja," katanya.

Untuk rekod, skuad badminton negara menggondol emas dalam beregu wanita di Glasgow, empat tahun lalu menerusi gandingan Vivian Hoo-Woon Khe Wei. 

Advertisement

Must Watch Video