Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Perjuangan kami belum selesai -- Vivian

beregu-wanita.jpg
Beregu wanita negara, Vivian Hoo-Chow Mei Kuan, mara ke final selepas mengatasi cabaran wakil India, N. Sikki Reddy-Ashwini Ponnappa, dalam aksi tiga set Sukan Komanwel di Arena Sukan Carrara, sebentar tadi. 

Namun, kekecewaan berlaku dalam beregu lelaki apabila Goh V Shem-Tan Wee Kiong dikejutkan 21-15, 16-21, 15-21 dalam separuh akhir kepada England. 

Vivian-Mei Kuan memberi saingan dalam set pertama ketika menentang pilihan utama itu dan tidak memberi laluan mudah kepada India sebelum menyerah 21-17. 

Dalam set kedua, Vivian-Mei Kuan memperkemaskan persembahan dan saingan semakin sengit dengan kedua-dua beregu mengejar mata demi mata hingga kedudukan terikat 10-10. 

Akhirnya, Vivian-Mei Kuan mendominasi set ketiga dengan mengurangkan kesilapan dan bermain lebih tenang. 

Mereka terus konsisten untuk meninggalkan lawan di belakang sebelum merakamkan kemenangan 21-4. 

"Kami meraih pendahuluan tetapi sedikit cemas sehingga terlepas set pertama. 

"Kami memperbaiki kelemahan itu dalam set kedua untuk mendapatkan momentum," kata Mei Kuan.

Menanti mereka dalam final esok ialah gandingan England, Lauren Smith-Sarah Walker. 

"Setakat ini, saya gembira tetapi esok masih ada satu perlawanan, iaitu aksi terakhir. 

"Kami akan melakukan yang terbaik," ujar Vivian.
 

Advertisement

Must Watch Video