Pengaruh Malaysia untuk mencabar pingat beregu wanita dan lelaki dalam Sukan Komanwel 2018 berkurangan susulan penyingkiran dua gandingan berstatus bidan terjun.
Taruhan pertama Malaysia dalam kempen suku akhir di Arena Sukan Carrara hari ini merupakan beregu wanita, Shevon Jemie Lai-Soniia Cheah, ketika menentang wakil tuan ruamh, Gronya Sommerville-Setyana Mapasa.
Bagaimanapun, Shevon-Soniia tidak berupaya mengulangi aksi meyakinkan seperti dalam pusingan awal apabila tewas 21-15, 21-16.
"Dua aksi sebelum ini tidak begitu sukar, jadi kami hanya cuba yang terbaik kerana kami juga masih belum menemui keserasian yang sempurna," kata Shevon.
Turut mengalami nasib serupa adalah Chan Peng Soon-Goh Soon Huat yang berdepan lawan lebih sukar.
Peng Soon-Soon Huat menawarkan tentangan sengit terhadap Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Tetapi, mereka terpaksa akur dengan kekalahan tiga set, 14-21, 21-15, 9-21.
Mewakili mereka, Soniia berasakan sudah tiba waktunya untuk memberikan tumpuan kepada acara kepakaran, iaitu perseorangan dan selebihnya beregu campuran.
"Kami akan memberikan sepenuh perhatian kepada acara utama dan cuba untuk menampilkan aksi terbaik.
"Saya rasa kami bermain dengan baik dan saya gembira mengenainya," ujar Soniia.