Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying memadam sedikit duka tersingkir ke perebutan pingat emas apabila memastikan gangsa milik mereka dalam acara beregu campuran, Sukan Komanwel Gold Coast di Arena Sukan Carrara, sebentar tadi.
Gandingan negara itu menewaskan pasangan India, Satwik Rankireddy-Ashwini Ponappa, 21-19, 21-19 dalam tempoh 46 minit.
Peng Soon dan Liu Ying beraksi di bawah tekanan yang tinggi, apatah lagi gagal melangkah ke pentas final seperti yang diharapkan selepas tewas kepada pasangan suami isteri dari England, Chris Adcock dan Gabrielle Adcock, 19-21, 17-21.
Tetapi dalam aksi penentuan pingat gangsa, lawan mereka bukannya mudah memandangkan Satwik-Ashwini sudah membuatkan pasangan negara itu berputih mata dalam acara berpasukan campuran.
Walaupun diberi tentangan yang hebat, Peng Soon dan Liu Ying berjaya menanganinya dengan baik untuk merangkul gangsa.
"Saya ada sedikit fobia kerana lapan tahun lalu saya mengalami kekalahan dalam penentuan gangsa. Tetapi, kali ini saya betul-betul mahukan kemenangan.
"Sebelum ini, kami sudah bertemu. Jadi, kami ada membuat persiapan melalui perbincangan dengan jurulatih," kata Liu Ying.
"Selepas tewas dalam separuh akhir, kami tiada pilihan. Kami betul-betul buat persediaan untuk mendapatkan pingat. Saya sangat gembira kerana perancangan kami menjadi," kata Peng Soon.
Chris dan Gabrielle akan bertemu pasangan senegaranya, Marcus Ellis dan Smith Lauren, dalam aksi penentuan pingat emas, esok.