"Takut tak menang pingat", seloroh pemain beregu campuran, Chan Peng Soon, bagi memastikan tidak ada lagi kejutan di tangan beregu India dalam aksi suku akhir Sukan Komanwel Gold Coast.
Jauh di sudut pemikiran Peng Soon dan gandingannya, Goh Liu Ying, mereka pasti terkenang kegagalan menghadiahkan mata pertama ketika menentang India dalam final acara berpasukan campuran.
Suku akhir menyaksikan mereka mencongak perhitungan dengan beregu kedua India, Pranav Chopra dan N. Sikky Reddy.
Hujung set pertama memberi bayangan mimpi ngeri sama mungkin berulang buat Peng Soon-Liu Ying, mujur mereka meningkatkan intensiti untuk menang 21-17 dan kemudian memastikan kemenangan 21-12 dalam set kedua.
"Saya sudah tidak takut penat, saya hanya takut tiada pingat," kata Peng Soon.
"Kami sudah lama tidak bertemu mereka. Jadi, ada sedikit tekanan untuk menghadapi mereka," kata Liu Ying.
Sementara itu, Vivian Hoo dan Chow Mei Kuan terus merendah diri ketika merekodkan satu lagi kemenangan tanpa berdepan ujian hebat.
Mangsa mereka kali ini adalah pasangan England, Chloe Birch dan Jessica Pugh.
Selepas 36 minit, Vivian dan Mei Kuan meraih kemenangan 21-11, 21-6.
"Kalau lihat keputusan memang tidak berapa sukar tetapi permainan kami hari ini panjang. Saya rasa kami lebih bersedia untuk suku akhir," kata Vivian.
"Dari semasa ke semasa ia semakin lancar. Kalau tengok permainan hari ini, penyudah kami lebih baik," kata Mei Kuan.