Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Pemain negara lepasi ranjau pusingan 16

vshem_weekiong.jpg
Beregu lelaki negara di ranking ke-13 dunia, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, kekal dalam misi mempertahankan pingat emas badminton Sukan Komanwel selepas mudah menewaskan lawan dari Ghana, Daniel Sam-Emmanuel Donkor, untuk mara ke suku akhir, hari ini. 

V Shem-Wee Kiong selaku pilihan utama tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir hasil kemenangan 21-5, 21-5 dalam masa 18 minit untuk melepasi pusingan 16. 

Turut mara ke suku akhir adalah Chan Peng Soon-Goh Soon Huat yang mengetepikan tentangan sengit beregu England, Chris Adcock-Ben Lane 12-21, 21-13, 21-17.

Sementara itu, Soniia Cheah, mengetepikan belenggu kesakitan untuk ke suku akhir acara perseorangan wanita.

Bertemu lawan lebih sukar berbanding dalam peringkat awal, pilihan kelima itu menang 21-11, 21-12 ke atas Grace Chua Hui Zhen dari Singapura.

Turut mengisi slot suku akhir ialah beregu wanita negara Chow Mei Kuan-Vivian Hoo.

Pasangan beregu itu  ditentang sengit lawan dari Kanada, Rachel Honderich-Kristen Tsai, namun mereka ternyata sukar ditandingi apabila mencatat kememangan 21-17, 21-16. 

Advertisement

Must Watch Video