Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Badminton: Misbun perlu rombak barisan pemain beraksi di Indonesia

misbun.jpg
Ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek, terpaksa merombak kembali barisan pemain yang akan dibawa ke Sukan Asia bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Datuk Lee Chong Wei.

Antara yang turut disebut-sebut adalah Iskandar Zulkarnain Zainuddin sungguhpun namanya sebelum ini digugurkan kerana merokok ketika kempen Piala Thomas, Mei lalu.

Misbun akan berbincang dengan Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan (C&T) BAM sebelum mengusulkan nama kepada pihak Majlis Olimpik Malaysia (MOM).

"Kami akan menilai sebaik mungkin untuk menyenaraikan pemain yang bakal menggantikan Chong Wei ke Sukan Asia. Kami mahu memastikan pemain yang terpilih mampu menggalas tanggungjawab ini," kata Misbun.

Advertisement

Must Watch Video