Skip to main content

Advertisement

Sukan Asia

Badminton: Ketiadaan Chong Wei beri impak kepada perseorangan negara

singles.jpg
Meskipun skuad perseorangan lelaki badminton masih terkesan dengan keadaan semasa Datuk Lee Chong Wei, mereka perlu segera menyedari tanggungjawab besar yang menanti dalam Sukan Asia Indonesia 2018.

Sebelum ini, pemain seperti Lee Zii Jia dan Soong Joo Ven masih lagi berupaya untuk berdiri di bawah bayangan Chong Wei.

Sekarang tidak lagi memandangkan Malaysia mengharapkan keajaiban daripada perseorangan muda.

Ketiadaan Chong Wei bermakna Zii Jia memainkan peranan sebagai perseorangan utama negara dalam aksi  individu dan berpasukan.

"Saya akan berjuang untuk Malaysia dalam Sukan Asia. Beraksi sebagai pemain bukan pilihan tidak memberikan tekanan untuk kejohanan kali ini," kata Zii Jia.

Joo Ven pula berdepan  persaingan sengit dengan bintang meningkat naik negara, Leong Jun Hao, untuk tiket kedua aksi individu.

"Chong Wei merupakan sandaran utama negara. Kami akan berusaha untuk menampilkan aksi terbaik kerana membawa cabaran negara di Indonesia nanti," kata Joo Ven.

Advertisement

Must Watch Video