Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) tidak mengendahkan nasihat kepakaran teknikal Badminton Asia apabila bertegas mahu melaksanakan undian acara berpasukan badminton beberapa hari sebelum bermulanya temasya itu.
Badminton Asia mencadangkan undian bagi acara itu dilangsungkan bersama kelompok undian utama pada 5 Julai lalu.
INASGOC, bagaimanapun, mahu undian bagi acara tumpuan itu dilangsungkan pada 17 Ogos dan dua hari sebelum bermulanya saingan badminton, seiring dengan mesyuarat pengurus pasukan.
Terkini, INASGOC berkemungkinan meminda undian kepada 16 Ogos selepas menyedari kepentingan tarikh 17 Ogos sebagai hari kemerdekaan republik itu.
"Walaupun kami belum menerima sebarang surat rasmi, kami mendapatkan maklumat bahawa undian akan dilakukan pada 16 Ogos. Saya percaya banyak masalah teknikal akan timbul," kata Ketua Pegawai Operasi Badminton Asia, Kenny Goh.
Ketirisan pengurusan daripada INASGOC dalam menangani tuntutan sukan tumpuan itu juga bakal menyaksikan tiadanya sistem 'hawkeye' bagi gelanggang utama.
Ini dalam keperluan mereka memastikan keselamatan pelbagai pihak di stadium keramat, Istora Gelora Bung Karno, selepas mengambil kira faktor keghairahan penyokong tuan rumah.
"Saya difahamkan hampir setiap hari mereka mengadakan mesyuarat dengan pihak penganjur bagi membincangkan mengenai keselamatan setiap individu di stadium nanti," ujarnya.