Scotland membuat Malaysia resah seketika sebelum skuad badminton negara menepati ramalan untuk ke separuh akhir berpasukan campuran di Stadium Tertutup Carrara, Australia, sebentar tadi.
Beregu campuran negara yang ditunjangi Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa bermandi peluh pada awal permainan sebelum menang 21-14, 13-21, 12-21 ke atas Adam Hall-Julie Macpherson.
"Kami tampak tidak meyakinkan dalam set pertama dan peningkatan kami di gelanggang dapat dilihat menerusi aksi seterusnya," kata Peng Soon.
Kemenangan Malaysia diteruskan dalam pertaruhan kedua melalui Datuk Lee Chong Wei sungguhpun lawan, Kieran Merrilees, cuba memberikan saingan terbaik sebelum tumbang 21-14, 21-7.
"Sebelum ke suku akhir, saya sudah katakan, hari ini cabaran sebenar baru bermula, jadi kami perlu lebih fokus.
"Scotland juga memberikan sedikit tekanan buat saya tetapi kami hanya menikmati perlawanan itu," tambah Chong Wei.
Malaysia tidak perlu menunggu lama untuk mengesahkan tempat dalam separuh akhir. Beregu utama lelaki negara, Tan Wee Kiong-Goh V Shem, hanya memerlukan 36 minit untuk menumbangkan Alexander Dunn-Adam Hall, 21-10, 21-15.
"Lawan mampu menampilkan aksi yang tidak kurang hebat, mereka membuatkan aksi hari ini menjadi menarik," ujar Wee Kiong.
Malaysia akan berentap dengan England esok selepas mereka menundukkan Kanada 3-0.