Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Dua beregu negara tebus maruah

soonhuat10418.jpg
Tidak sampai 24 jam selepas tewas 1-3 di tangan India dalam aksi final badminton berpasukan campuran, Malaysia kembali ke gelanggang menebus maruah menerusi acara individu Sukan Komanwel Gold Coast di Arena Sukan Carrara, hari ini.

Beregu wanita, Vivian Hoo Kah Mun dan Chow Mei Kuan, memulakan aksi pertama dengan menentang pasangan Zambia, Ogar Siamupangila dan Evelyn Siamupangila.

Seperti dijangka, pasangan negara itu mudah memenangi perlawanan itu 21-3, 21-6. 

"Semalam ada sedikit kecewa (Malaysia tewas kepada India) tetapi kami harus letakkan ke tepi. Kini, kami harus fokus dalam acara seterusnya. 

"Saya rasa pasukan saya melakukan dengan baik, cuma lawan kami beraksi lebih baik. Jadi, saya masih bangga dengan pasukan saya.

"Hari ini, lawan tidak kuat sangat. Jadi, ia satu aksi pemanas badan yang baik untuk kami. Esok kami akan berehat dan perlawanan seterusnya sudah tentu semakin sukar. Saya fokus satu perlawanan ke satu perlawanan," kata Vivian.

Kemenangan itu nyata penting untuk mereka memanaskan badan bagi mengharungi saingan lebih mencabar selepas ini. 

Saingan beregu lelaki menyaksikan pasangan negara, Chan Peng Soon dan Goh Soon Huat, turun menentang wakil Trinidad and Tobago.

Pasangan negara itu merekodkan kemenangan 21-4, 21-6 ke atas Nicholas Bonkowsky dan Naim Mohammed dalam tempoh 14 minit.

"Kami menikmati perlawanan pertama kami tadi, lagipun lawan tidak kuat sangat. Jadi, kami akan fokus lagi untuk perlawanan seterusnya," kata Soon Huat. 

Advertisement

Must Watch Video