GOLD COAST 2018
Badminton: Chong Wei tempah tiket ke suku akhir
Datuk Lee Chong Wei melengkapkan kemaraan semua wakil negara ke suku akhir Sukan Komanwel selepas merekodkan satu lagi kemenangan mudah ke atas wakil Uganda, Brian Kasirye, hari ini.
Kemenangan itu bermakna Malaysia masih di landasan untuk mencabar lima pingat bagi menebus kehampaan tewas dalam final berpasukan campuran.
Chong Wei dalam pusingan 16 turun menentang Kasirye dari Uganda. Kejayaan kecil Kasirye muncuri mata pertama bersifat sementara apabila dia dipaksa mengejar bayang-bayang Chong Wei.
Iklan
Selepas 22 minit permainan, Chong Wei merakamkan kemenangan 21-6, 21-6.
Susulan perlawanan itu, Chong Wei berkongsi pandangan terhadap apa yang memberi motivasi kepadanya dan wakil lain, termasuk gandingan bidan terjun beregu lelaki dan wanita seperti Chan Peng Soon-Goh Soon Huat dan Shevon Lai Jemie-Soniia Cheah.
"Kami sudah lama di sini dan perlu menerima saingan hari ke hari. Ia membuatkan kami dapat menyesuaikan diri dengan baik.
"Sehingga pusingan kedua bukanlah sukar tetapi dalam suku akhir esok, mungkin lawan semakin sukar.
"Selepas kecewa dalam acara berpasukan, diharapkan permainanan kami semakin baik hari ke hari. Saya tahu bukan kami yang kecewa tetapi rakyat Malaysia juga kecewa," kata Chong Wei.
Must-Watch Video