Datuk Lee Chong Wei mengutip kemenangan ke atas wakil Singapura, Loh Kean Yew, dalam suku akhir acara badminton perseorangan lelaki, Sukan Komanwel Gold Coast di Arena Sukan Carrara, malam ini.
Jaguh negara itu meraih kemenangan 21-13, 21-16 untuk membawanya bertemu pemain India, HS Prannoy, dalam separuh akhir, esok.
"Saya tidak pernah bermain dengannya (Kean Yew) sebelum ini. Saya hanya tengok aksinya dari luar.
"Dia seorang pemain muda dan mempunyai masa depan yang cerah. Tadi, dia membuatkan saya perlu betul-betul fokus," kata Chong Wei mengulas perlawanan itu.
Sementara itu, aksi suku akhir perseorangan wanita menyaksikan pemain negara, Soniia Cheah Su Ya, terpaksa akur kepada Michelle Li dari Kanada 21-12, 21-19.
"Hari ini prestasi saya jatuh selepas beberapa perlawanan. Saya perlu perbaiki kelemahan itu bagi kekal konsisten.
"Lawan juga memberikan tentangan yang baik hari ini," kata Soniia.