Datuk Lee Chong Wei sudah bersedia mencongak perhitungan semula dengan perseorangan nombor satu dunia, K. Srikanth, dalam penentuan emas Sukan Komanwel Gold Coast di Arena Sukan Carrara, esok.
Terdahulu hari ini, aksi separuh akhir menyaksikan fizikal dan mental Chong Wei teruji sebelum menewaskan HS Prannoy dalam pertembungan tiga set, 21-16, 9-21, 21-14.
"Perlawanan pertama memang sengit tetapi saya mengutip mata demi mata untuk menang. Semasa set kedua, dia bekerja keras membuatkan dia mendahului jauh dan saya perlu buang set itu.
"Dalam set ketiga, saya mencuba dan saya bermain lebih agresif. Kalau saya bermain seperti set kedua, saya tidak boleh menang," kata Chong Wei.
Chong Wei akan bertemu dengan pemain nombor satu dunia dalam waktu ini kedengaran janggal memandangkan buat satu tempoh yang panjang dia adalah pemain terbaik dunia.
Atas dasar itu, dia berasakan senario ini boleh menawarkan dia sedikit kelebihan daripada aspek psikologi.
"Saya perlu menilai semula ketika acara berpasukan kita kalah. Dia seorang lawan yang sukar. Tiada masalah, dia sekarang pemain nombor satu dan mungkin kedudukan itu adalah satu tekanan. Saya akan cuba esok," ujarnya.
Pertemuan terakhir dalam final berpasukan campuran, Srikanth mudah mengetepikan Chong Wei dalam straight sets.
Perincian lebih rapi diperlukan jaguh Malaysia itu dengan pengalaman sahaja tidak memadai bagi menghadapi aksi final.
"Memang pukulannya di luar jangkaan dan konsisten. Malam ini, saya akan menilai semula permainannya dan akan mencuba dalam perlawanan esok," katanya lagi.