Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Beregu wanita, lelaki tidak dicabar untuk ke suku akhir

shevonlai11418.jpg
Beregu wanita negara, Soniia Cheah-Shevon Jemie Lai, tidak berdepan masalah untuk ke suku akhir selepas menundukkan wakil Ireland Utara dalam straight set 21-19, 21-7 di Arena Sukan Carrara, hari ini. 

Soniia-Shevon diberi tentangan hebat dalam set pertama oleh Sinead Chambers-Rachel Darragh. Namun, kedua-duanya kekal dengan permainan kemas meskipun dihambat pasangan Ireland Utara itu sebelum memastikan kemenangan 21-19 dalam tempoh 16 minit. 

Kebangkitan lawan yang dijangka dalam set kedua ternyata meleset. 

Soniia-Shevon mudah memungut mata demi mata untuk memastikan slot ke suku akhir hasil kemenangan mudah 21-7 untuk bertemu pasangan tuan rumah, Setyana Mapasa-Gronya Somerville, esok.  

Sementara itu, beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, langsung tidak berdepan kesukaran untuk ke suku akhir selepas menundukkan beregu Ghana, Sam Daniel-Donkor Emmanuel. 

Hanya mengambil masa 18 minit, ternyata beregu Ghana itu bukan tandingan beregu utama negara yang mencipta kemenangan dalam set pertama 21-5 sebelum mengulangi skrip sama dalam set berikutnya. 
 

Advertisement

Must Watch Video