Meskipun masih terkesan dengan kegagalan ke final, beregu badminton lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, tetap memastikan pingat gangsa Sukan Komanwel Gold Coast tidak terlepas daripada genggaman mereka, sebentar tadi.
Beberapa jam selepas dipaksa menerima ketentuan tidak ada peluang untuk mereka mempertahankan pingat emas, V Shem-Wee Kiong, tetap memastikan pingat gangsa tidak terlepas.
Bagi perebutan gangsa, pasangan yang menjadi penghalang mereka adalah gandingan dari Sri Lanka, Sachin Dias-Buwaneka Gunathilaka.
Mujur tiada lagi keputusan tidak diingini apabila V Shem-Wee Kiong mendominasi pertarungan.
Selepas 23 minit, mereka meraih kemenangan straight set 21-8, 21-13.
Kekalahan dalam separuh akhir itu pasti akan dikenang mereka sebagai sesuatu yang pahit dan pengajaran berharga.
"Memang kami rasa kecewa tetapi dalam sukan ini, kami perlu profesional dan ini pun kami betul-betul fokus," kata Wee Kiong.
"Perkara paling besar belajar di sini adalah harus belajar daripada kekalahan dan belajar daripada kesilapan," kata V Shem.