Beregu campuran nombor satu negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie, belum mahu mengorbankan acara yang disertai mereka dalam Sukan Komanwel Gold Coast apabila memastikan kemaraan dalam acara beregu campuran di Arena Sukan Carrara, sebentar tadi.
Soon Huat-Shevon masing-masing beraksi dalam dua acara dalam temasya Gold Coast 2018.
Tatkala Soon Huat turut menggalas cabaran acara beregu lelaki bersama Chan Peng Soon, Shevon pula dalam acara beregu wanita bersama Soniia Cheah.
Menariknya, dalam kedua-dua acara disertai, mereka berjaya melepasi peringkat 16 akhir dan kedua-duanya tampak berpeluang untuk pergi lebih jauh.
"Apabila masuk ke gelanggang, saya mesti berjuang. Kami akan fokus untuk perlawanan seterusnya," kata Soon Huat.
"Esok adalah perlawanan yang sukar kerana bertemu India. Saya akan membuat persiapan rapi dan melakukan dengan lebih baik," kata Shevon.
Terdahulu, pilihan pertama ini mudah menewaskan beregu Ghana, Emmanuel Donkor-Koteikai Amasah, 21-3, 21-10 dalam masa 20 minit.
Mereka dijangka berdepan ujian sebenar apabila bertemu beregu India, Satwik Rankireddy-Ashwini Ponnapa, dalam pusingan suku akhir.