Skip to main content

Sukan Asia

Badminton: Aksi yang tidak boleh diterima -- Wee Kiong

v-shem-wee-kiong.jpg
England menawarkan Malaysia realiti pahit apabila menyingkirkan juara bertahan beregu lelaki Sukan Komanwel, Goh V Shem-Tan Wee Kiong. 

Menghadiahkan mereka ini duka ini adalah beregu England, Marcus Ellis-Chris Langridge. 

Lima pertemuan sebelum ini, termasuk dalam separuh akhir berpasukan campuran, kesemuanya memihak kepada V Shem-Wee Kiong.

Segalanya ibarat mengikut perancangan V Shem-Wee Kiong -- belum melepaskan sebarang set sepanjang kempen ini -- untuk memenangi set pertama 21-15. 

Entah mengapa, momentum itu gagal diteruskan apabila menyerahkan kemenangan mutlak kepada Ellis-Langridge menerusi kekalahan 16-21, 15-21.

"Saya rasa keputusan hari ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. 

"Bagaimanapun, kami sudah cuba yang terbaik walaupun tewas," kata Wee Kiong.

V Shem akur mereka gagal menjelmakan aksi sebenar untuk mematahkan permainan lawan dengan berkata: "Amat rugi apabila tidak dapat mempertahankan kejuaraan. Aksi tadi milik kami tetapi tidak berjaya walaupun ada harapan untuk menang.

"Pasangan England beraksi baik pada hari ini dengan strategi yang sangat konsisten."

Wee Kiong, bagaimanapun, masih terkilan dengan tahap persembahan mereka. 

"Kami tidak menjangkakan aksi sebegitu daripada wakil England. 

"Reaksi kami agak perlahan pada hari ini," tambah Wee Kiong.

Advertisement

Must Watch Video