Atlet angkat berat negara, Aznil Bidin, kecewa apabila Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menolak permohonannya untuk menyertai Kejohanan Dunia di Ashgabat, Turkmenistan, November depan -- sekaligus terlepas peluang mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Ia susulan PABM kekal dengan pendirian menggantung skuad negara daripada menyertai sebarang kejohanan antarabangsa selama setahun.
Langkah itu termasuklah menolak permohonan Aznil dan Azroy Hazal Wafie Ahmad Izhar daripada menyertai Kejohanan Dunia.
Keputusan ini merupakan tamparan hebat kerana mereka sudah membuat persiapan sejak meraih pingat emas Sukan Komanwel Gold Coast, April lalu.
"Kami perlu turuti arahan yang dikeluarkan.
"Saya harap selepas setahun, kami boleh beraksi di luar untuk mengumpul mata," kata Aznil.
Sementara itu, Azroy turut akur dengan larangan berkenaan dengan memberitahu: "Kami menghormati keputusan PABM."
PABM mengambil tindakan tegas bagi mengawal penularan kes doping di peringkat akar umbi selepas tiga atlet remaja dikesan positif bahan terlarang, awal tahun ini.
Semua atlet angkat berat juga diarahkan menjalani ujian doping sebelum menyertai Sukan Malaysia (Sukma) Perak yang menyaksikan seorang atlet positif steroid.
Bagaimanapun, situasi berkenaan dijangka tidak menjejaskan tempoh penggantungan skuad negara yang akan tamat pada Mei tahun depan.