Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB), Azlan Iskandar, kekal komited untuk melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin di sebalik desakan supaya ada perubahan terhadap kepimpinan badan berkenaan.
Kepimpinan YAKEB menjadi antara topik utama dalam mesyuarat agung tahunannya (AGM) yang keenam di Putrajaya, hari ini.
Selain pembentangan laporan audit kewangan tiga tahun bermula 2015, turut menjadi tumpuan sudah pasti kemampuan Azlan untuk terus menerajui badan itu.
Pelantikan Azlan dibuat secara rasmi oleh mantan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, pada penghujung 2017 dengan sebelum itu beliau hanya memangku jawatan pengerusi YAKEB.
Difahamkan, ada usaha untuk menghantar memorandum kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, agar ahli YAKEB diberi peluang untuk memilih sendiri pengerusi badan itu.
"Saya diberi mandat oleh menteri belia dan sukan ketika itu agar mengurangkan perbelanjaan.
"Kita boleh lihat ia dari sudut berbeza tetapi kalau saya diarahkan mencari dana pada 2017, ia bukan mudah," ujarnya.
Dalam pada itu, Azlan menjelaskan YAKEB akan terus berusaha untuk memastikan mereka mempunyai dana yang berterusan selepas ini.
Setakat ini, mereka telah mengumpulkan RM750,000 hasil daripada bantuan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di samping sumbangan oleh ahli perniagaan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin.
YAKEB juga akan mengembalikan surat jaminan perubatan buat ahlinya yang sebelum ini terpaksa dibekukan sementara akibat ketiadaan dana.
"Alhamdulillah kami menerima sedikit dana daripada KBS, iaitu sebanyak RM250,000 dan YAKEB amat berterima kasih kepada Datuk Seri Megat yang sudi memberi RM500,000.
"Saya percaya dengan jumlah itu, YAKEB akan bertahan sehingga tahun depan sekiranya kami berjimat-cermat.
"Bagaimanapun, keadaan sekarang amat sukar manakala tidak ramai yang ingin menyalurkan bantuan," katanya.