Pelumba SuperSports 600cc Malaysia, Azlan Shah Kamaruzaman, yakin tampil dengan aksi lebih baik untuk perlumbaan pusingan kedua Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, 13-15 April ini.
Azlan, yang beralih ke pasukan berpangkalan di Indonesia, Manual Tech Kawasaki Racing, pada musim ini, dilihat bergelut untuk mengejar kelajuan jentera Honda meskipun meraih satu podium sewaktu pusingan pertama di Johor tempoh hari.
Begitupun, juara SuperSports 600cc 2013 itu tetap kekal sebagai antara pelumba pilihan untuk merangkul gelaran keseluruhan bagi musim 2017.
"Pasukan ini mendapat sokongan penuh daripada Kawasaki Japan. Secara peribadi, saya semakin menyesuaikan diri dengan beberapa sistem baharu seperti Unit Kawalan Enjin (ECU) dan beberapa perbezaan lain yang digunakan pasukan.
"Setakat ini, boleh dikatakan saya selesa bersama pasukan Manual Tech dan hubungan baik bersama seorang lagi pelumba, Ahmad Yudhistira, selama ini turut memudahkan kerja kami," katanya.
Azlan kini menghuni tangga kedua keseluruhan SuperSports 600cc dengan 33 mata, 12 mata di belakang pendahulu, Taiga Hada, dan lapan mata mengatasi Mohd Zaqhwan Zaidi di tangga ketiga.
Dia tidak menafikan prestasi enjin agak ketinggalan ketika ini berbanding jentera Honda dan Yamaha.
"Saya lihat Honda telah mempersiapkan enjin mereka dengan baik sekali dan kelihatan lebih laju. Namun, kami berharap persiapan rapi, termasuk dengan melakukan sesi ujian peribadi di litar ini bersama pasukan awal tahun ini, mampu membantu kami untuk beraksi dengan lebih baik.
"Dengan data yang dikumpul, kami yakin dapat memberikan saingan kepada pasukan lain, terutama Taiga, Zaqhwan dan gandingan Yamaha Thailand (Decha Kraisart dan Chalermpol Polaimai)."