Skip to main content

Permotoran

Azlan Shah pulih untuk aksi 8 Jam Endurance

azlan-shah-200617.jpg
Pelumba Manual Tech KYT Kawasaki, Azlan Shah Kamaruzaman, mendapat perkhabaran gembira apabila disahkan mampu untuk beraksi dalam perlumbaan 8 Jam Endurance di Litar Suzuka, bulan depan. 

Azlan kini dalam pemulihan selepas menjalani rawatan kecederaan di bahagian jari kanannya kerana terlibat dengan kemalangan dalam saingan Kejuaraan Motorsikal Asia (ARRC) di Litar Suzuka, awal bulan ini. 

Situasi itu ternyata sulit buat Azlan kerana dalam tempoh sebulan lagi, dia perlu memastikan dirinya dalam keadaan terbaik apabila perlu mengharungi perlumbaan 8 Jam Endurance. 

Namun, sesi rawatan bersama doktor pakar hari ini mengesahkan Azlan sempat untuk pulih bagi menghadapi kejohanan tersebut. 

"Kami sudah membuat ujian imbasan, keadaannya kini beransur pulih. 

"Dalam masa dua hingga tiga minggu ini, dia akan pulih sepenuhnya," kata pakar bedah tangan dan ortopedik, Dr. Palani Ramasamy.

Selepas saingan di Suzuka, Azlan masih perlu meneruskan cabaran dalam saingan ARRC di Litar Sentul, Indonesia, memandangkan dia kini menerajui saingan Supersports 600cc dengan mengutip 102 mata. 

"Saya berasa teruja kerana tak sangka kecederaan seperti ini boleh pulih dengan cepat. 

"Saya harap bersedia dan cergas untuk menghadapi 8 Jam Endurance.

"Saya berharap dapat pulih seperti biasa dalam tempoh dua bulan ini," kata Azlan Shah. 

Advertisement

Must Watch Video