Hasrat pelumba berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mengulangi sejarah 10 tahun lalu di bumi Poland tidak kesampaian apabila terkandas dalam pusingan kelayakan acara pecut Kejohanan Dunia kali ini.
Azizulhasni, yang ternyata terkilan kerana gagal berbuat demikian, sekadar menduduki tangga ke-30 daripada 34 pelumba keseluruhan selepas mencatat masa 10.022 saat.
Katanya, kondisi badan yang kurang baik ekoran terlibat dalam kemalangan ketika acara keirin semalam, menjejaskan kayuhannya.
“Sejujurnya memang terkilan tetapi setakat itu sahaja yang mampu saya berikan dengan kondisi badan selepas terlibat di dalam kemalangan semalam.
“Seperti biasa, selepas tamat kejohanan besar, saya dan pasukan akan duduk semeja melakukan post-mortem dan memperbaiki mana-mana ruang yang perlu dan merencana perancangan untuk musim hadapan,” katanya.
Azizulhasni yang terkenal dengan jolokan The Pocket Rocketman itu turut menyatakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dia dan pelumba negara yang lain.
“Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia, khususnya yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya dan pasukan.
“Kalah sekali bukan bermaksud kalah selamanya, yang penting kami terus mencuba dan bangkit daripada kekalahan ini. Insya-Allah,” katanya.
Selain Azizulhasni, turut serta dalam acara pecut individu lelaki ialah Mohd Shah Firdaus Sahrom yang menduduki tempat ke-31 dengan masa 10.090s manakala Muhammad Firdaus Mohd Zonis di tangga ke-34 dengan 10.242s.
-- BERNAMA