Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, terkejut dengan peningkatan mendadak prestasinya selepas meraih pingat emas acara pecut dalam Kejohanan Basikal Trek Asia (ACC) di New Delhi, India, semalam.
Kejayaan itu turut meletakkan dirinya dalam landasan terbaik untuk menamatkan penantian 10 tahun bergelar juara dunia.
Azizulhasni tidak pernah muncul juara dunia walaupun memiliki reputasi besar di peringkat antarabangsa.
Pencapaian terbaiknya adalah meraih perak dalam acara pecut pada 2009 dan kilauan pingat yang sama tahun berikutnya.
Atlet dengan gelaran 'The Pocket Rocketman' itu berharap percubaan kali ke-10 di Hong Kong, April depan akan menamatkan penantiannya untuk bergelar juara dunia.
"Saya teruja kerana selepas latihan tidak sampai dua bulan sudah mampu melakar kejayaan ini. Saya berpandangan masih banyak yang perlu diperbaiki.
"Saya sudah mencuba dari tahun 2007 untuk muncul juara dunia, mana tahu dengan berkat doa rakyat Malaysia, saya mampu melakukannya kali ini," katanya.
Azizulhasni layak ke Kejohanan Dunia 2017 dalam acara keirin dengan menghuni ranking pertama dunia walaupun mengambil keputusan tidak menyertai sebarang Siri Piala Dunia, musim ini.
Ketika ini, hanya seorang pelumba negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom, akan menyertai Siri Ketiga Piala Dunia di Cali, Colombia, bermula Jumaat ini.
"Kami akan tunggu dan lihat sama ada kami sempat mengutip mata untuk ke Kejohanan Dunia tetapi saya yakin kami mampu melakukannya," kata jurulatih berbasikal negara, John Beasley.
Secara keseluruhan, Malaysia membawa pulang satu emas dan dua gangsa dari ACC kali ini.