Jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang, mengambil langkah awal untuk mengembangkan sukan berbasikal negara dengan menubuhkan pasukan profesional yang diberi nama ‘Team Azizul’ musim depan.
Azizulhasni, yang terkenal dengan jolokan “The Pocket Rocketman”, berkata timbulnya idea menubuhkan pasukan profesional itu apabila dia melihat kebanyakan pelumba pelapis mempunyai bakat besar tetapi kekurangan ilmu mengenai teknik kayuhan yang betul ketika perlumbaan.
“Saya mahu membantu pembangunan sukan berbasikal, pasukan profesional ini minimum pelumba ada tiga atau empat orang. Sekurang-kurangnya saya boleh membantu pelumba muda dengan menyertai team saya dan berpeluang bertanding.
“Kalau satu pasukan sahaja adalah terhad (limitation). Pemilihan diberikan kepada yang berprestasi tinggi. Saya mahu pelumba-pelumba lain turut mendapat peluang dan pendedahan. Pengalaman berlumba sangat penting.
“Mereka ini bukanlah kita sasarkan untuk jadi juara dunia secara mendadak, (sebaliknya) pasukan ini adalah platform untuk menjadikan pelumba kompetitif sebelum melangkah ke 'elite surface’,” kata Azizulhasni dalam program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Daikin, yang merealisasikan impian kanak-kanak daripada keluarga kurang berkemampuan yang menetap di Selangor.
Seramai 54 kanak-kanak menerima hadiah seperti basikal, peralatan sekolah, buku cerita, alat muzik dan peralatan sukan yang ditaja oleh Daikin.
Azizulhasni, yang juga Duta Daikin, berkata sekiranya pasukannya itu mendapat penajaan yang banyak dan mempunyai bajet mencukupi, dia bercadang membawa pelumba pasukan itu berlatih di Melbourne, Australia dan menyertai pertandingan di negara itu.
Jelasnya, ketika ini, senarai nama pelumba sudah ada tetapi dia perlu berbincang dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dan jurulatihnya John Beasley.
Menurutnya, pasukan profesional itu juga merupakan salah satu persediaannya untuk bertanding dalam Piala Dunia tahun depan dan beberapa kejohanan lain bagi mengumpul mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
“Ini adalah inisiatif saya sendiri, pertamanya untuk saya bertanding dalam Piala Dunia tahun depan. Kalau saya berlumba untuk pasukan negara, ia akan mengehadkan jumlah pelumba untuk berlumba. Kalau ada dua pasukan dari Malaysia, kita akan ada lebih penyertaan.
“Ada sesetengah acara, dua pelumba sahaja boleh masuk, jadi saya mahu beri peluang kepada Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Mohd Fadhil Zonis dapat peluang untuk berlumba dan mencari pengalaman serta kumpul mata ke Sukan Olimpik,” jelasnya.
Sementara itu, Azizulhasni gembira apabila pembinaan Velodrom Azizulhasni Awang di Dungun, Terengganu yang tertangguh sejak sembilan tahun lalu akhirnya akan dimulakan November depan.
Katanya, pembinaan velodrom itu dapat mengembangkan lagi bakat-bakat pelumba berbasikal yang ada di negeri kelahirannya itu.
"Kami sedia maklum pelumba berbasikal Terengganu sangat bagus dan ramai bakat-bakat muda di sana. Saya percaya dengan terbinannya velodrom ini, ia boleh menjadi sebuah lagi hab berbasikal di Malaysia.
“Berdasarkan perbincangan terdahulu, ia hanyalah sebuah velodrom asas tetapi bagi saya ia sudah memadai...kita tidak perlu fasiliti mewah untuk negeri.
"Sebuah velodrom asas sudah bagus. Kalau lihat di Melbourne, kebanyakannya adalah velodrom seumpama ini. Bahagian tengah boleh letak taman permainan kanak-kanak, jadi ia boleh digunakan oleh masyarakat sekitar,” katanya.
-- BERNAMA