Pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang, menganggap undangan untuknya menguji Velodrom Nasional di Nilai sebagai satu penghormatan buat dirinya.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin, mencadangkan agar Azizulhasni diberikan peluang menguji velodrom baru itu sebelum ia digunakan dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, 19-30 Ogos depan.
Ia di atas kejayaan pelumba kelahiran Dungun, Terengganu itu menjadi juara dunia acara keirin dalam Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Hong Kong, minggu lalu.
Menurut Azizulhasni, dia sendiri tidak sabar untuk mencuba velodrom berkenaan sambil menganggap ia satu lagi langkah ke hadapan buat sukan berbasikal trek di Malaysia.
"Saya diminta untuk menjadi pelumba terawal mencuba, Insya-Allah saya akan cuba sama ada esok atau ketika saya berada di Malaysia.
"Saya pun gembira akhirnya kita memiliki velodrom tertutup di Malaysia. Sememangnya ia saya nanti-nantikan sejak saya terbabit dalam lumba basikal ini," katanya.
Dalam pada itu, Azizulhasni menyerahkan kepada jurulatihnya, John Beasley, mengenai penyertaannya dalam Sukan SEA nanti.
Walaupun tahap Azizulhasni kini sudah jauh melangkaui rantau Asia Tenggara, namun dia tetap menyimpan impian untuk beraksi di pentas itu, apatah lagi berlumba di hadapan penyokong sendiri.
Andai tersenarai, Azizulhasni akan membuat penampilan sulungnya dalam Sukan SEA.
"Saya tidak pasti lagi, mungkin tengah bincang dengan jurulaitih. Sudah menang Kejohanan Dunia, mungkin dapat satu (emas) pun dah cukup, untuk acara keirin di depan penonton Malaysia dan untuk rakan-rakan tengok Azizul beraksi."
Azizulhasni tidak pernah memenangi emas acara keirin dalam Sukan SEA kerana dia tidak pernah beraksi dalam temasya itu. Justeru, dia mahu merebut satu daripada 13 emas acara trek yang ditawarkan.
Kali pertama Azizulhasni menyertai Kejohanan Dunia ialah pada 2008 di Manchester dan mara ke final tetapi sekadar menduduki tangga ke-12.
Bagaimanapun, dua tahun selepas itu, dia mula mengukir nama di Denmark sebelum tewas kepada Chris Hoy dalam final.
Dua gangsa pada 2015 dan 2016 membawa azam besar buatnya untuk muncul juara di Hong Kong.