Skip to main content

Sukan Lain

Azarenka lakar kemenangan pertama selepas berehat panjang

22617victoriaazarenka.jpg
Victoria Azarenka kembali mempamerkan sentuhan berbisa selepas menewaskan Risa Ozaki dalam aksi pertama sejak kelahiran bayi pertamanya di Terbuka Mallorca.

Azarenka, yang tidak beraksi dalam saingan Jelajah WTA sejak Terbuka Perancis tahun lalu, kini kembali dengan melakar kemenangan 6-3, 4-6, 7-6 (9-7) ke atas Ozaki 6-3, 4-6, 7-6 (9-7).

Juara Terbuka Australia dua kali itu yang melahirkan bayi lelaki, Leon, pada Disember 2016, ketinggalan 5-4 dalam set terakhir.

Bekas pemain nombor satu itu bangkit untuk meneruskan saingan dengan memaksa perlawanan ke penentuan tie-break, dan berjaya meraih kemenangan 7-6 (9-7) dalam set tersebut.

Kemenangan itu membantu Azarenka mara ke pusingan kedua untuk bertemu pemain pilihan ketujuh, Ana Konjuh.

Advertisement

Must Watch Video