Penyertaan atlet UTM dalam Ultimate Beatdown Championship 2024 dan 2025 adalah satu langkah besar dalam menghidupkan sukan tinju di peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) agar di pertimbangkan untuk di masukan dalam kejohanan SUKIPT dan MASUM. Kejohanan ini bukan sahaja memberikan platform kepada atlet untuk mengasah bakat kemahiran bertinju dalam suasana kompetitif tetapi juga membuktikan bahawa sukan tinju semakin mendapat tempat di kalangan pelajar universiti. Ia selari dengan dasar sukan KPT yang ingin melahirkan thinking athelete dan 30 peratus atlet negara adalah terdiri daripada pelajar universiti.
Sukan tinju merupakan salah satu displin sukan yang menguji ketahanan fizikal dan mental seseorang atlet. Mengaktifkan sukan tinju di peringkat universiti membawa banyak manfaat kepada pelajar, bukan sahaja dari aspek kecergasan fizikal tetapi juga dalam membentuk displin, keberanian, dan kemahiran strategik. Sukan tinju semakin berkembang di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), ia boleh menjadi platform yang efektif dalam melahirkan pelajar yang lebih berdaya saing dan berkepimpinan tinggi. Sukan Tinju mengajar jika ingin berjaya perlu usaha atas kaki sendiri dan jika tidak berusaha bersungguh sungguh akan membawa kemudaratan diri.
Salah satu kelebihan utama sukan tinju ialah meningkatkan tahap kecergasan fizikal pelajar. Tinju memerlukan kombinasi daya tahan kardiovaskular, kekuatan otot, kelajuan, dan koordinasi yang tinggi. Latihan berterusan dalam tinju membantu meningkatkan kapasiti aerobik, kekuatan teras, serta ketahanan fizikal, yang seterusnya menyumbang kepada kesihatan keseluruhan pelajar. Kajian menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang berkala dapat mengurangkan risiko penyakit tidak berjangkit dan menjadikan sukan ini sebagai alat penting untuk meningkatkan kesejahteraan pelajar pada zaman ini yang banyak di uji masalah kesihatan mental.
Selain manfaat fizikal, tinju juga memberi kesan positif kepada perkembangan mental dan emosi pelajar. Dalam sukan ini, atlet di ajar untuk mengawal emosi, mengurus tekanan, dan mengekalkan fokus tinggi dalam situasi yang mencabar. Melalui latihan yang intensif dan perlawanan yang kompetitif, pelajar membina daya tahan mental yang tinggi, membentuk keberanian serta keyakinan diri. Keupayaan untuk mengendalikan tekanan ini bukan sahaja berguna dalam sukan tetapi juga dalam kehidupan seharian, terutamanya dalam menghadapi cabaran akademik dan sosial.
Sukan tinju juga memainkan peranan penting dalam membentuk nilai displin dan etika kerja yang tinggi dalam kalangan pelajar universiti. Tiada jalan mudah untuk menjadi orang berjaya, semuanya hasil titik peluh usaha yang tidak berbelah bagi tanpa mempergunakan orang lain. Seseorang atlet tinju perlu mematuhi jadual latihan yang ketat, mengawal pemakanan, serta mengekalkan gaya hidup sihat untuk memastikan prestasi terbaik. Sikap displin yang diterapkan dalam sukan ini akan membantu pelajar dalam pengurusan masa sekali gus meningkatkan produktiviti dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Dari perspektif sosial, penglibatan dalam tinju di universiti dapat menggalakkan interaksi dan semangat kesukanan antara pelajar dari pelbagai latar belakang kerana sukan ini tidak memerlukan kos yang tinggi. Sukan ini bukan sekadar mengenai kemenangan dan kekalahan, tetapi juga menekankan aspek hormat-menghormati, nilai persahabatan, serta kerja berpasukan. Atlet yang bertanding dalam kejohanan seperti Ultimate Beatdown Championship bukan sahaja bersaing tetapi juga belajar daripada rakan dan lawan mereka, memperkukuhkan hubungan serta memupuk semangat kesukanan yang tinggi.
Secara keseluruhannya, sukan tinju memberikan pelbagai manfaat kepada pelajar universiti dari sudut fizikal, mental, sosial, dan kerjaya. Dengan memperkenalkan dan mengaktifkan sukan ini secara lebih meluas di IPT, pelajar bukan sahaja dapat menikmati kelebihan kecergasan tetapi juga membentuk sahsiah dan daya ketahanan yang tinggi. Oleh itu, inisiatif untuk memperkukuhkan sukan tinju di universiti harus diteruskan agar ia dapat berkembang sebagai salah satu sukan utama dalam arena pendidikan tinggi di Malaysia. Ini memberi nilai tambah kepada graduan dalam industri, selari dengan keperluan semasa yang semakin menitikberatkan aspek adab. Tanpa adab mustahil menjadi peninju yang berjaya. UTM Sanjungan Bangsa. Kerana Tuhan Untuk Manusia.
Keputusan Perlawanan Ultimate Beatdown 2025
Pengurus: Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip (FEST UTM)
Jurulatih: Tn Muhammad Nazlizan Bin Salehan (UTM SECURITY)
Penaja: Lynx Tech Sdn Bhd (COMPANY BERDAFTAR UTM)
1) Kategori 70.3-77.5 kg
Muhammad Hazim Bin MD Yusaini (FEST UTM)
Keputusan Perlawanan: Emas
2) Kategori 56.8-61.2 kg
Muhammad Saifullah Bin Imran (FABU UTM)
Keputusan Perlawanan: Perak
3) Kategori 48-52 kg
Shahudinfaizman Bin Ahadi (FABU UTM)
Keputusan Perlawanan: Emas dan Perak
Jumlah pingat : 2 Emas 2 Perak
Disediakan oleh:
Ts Dr Hadafi Fitri Mohd Latip
Pensyarah Kanan Sains Sukan
Fakulti Sains Pendidikan dan Teknologi (FEST UTM)