Belum sempat reda isu doping yang melanda atlet Sukma, kini timbul isu membabitkan atlet yang beraksi dalam Sukan Institut Pendidikan Tinggi (SUKIPT), Februari lalu, yang dipercayai terlibat dengan masalah yang sama.
Difahamkan, terdapat dua kes atlet gagal ujian doping ketika penganjuran temasya SUKIPT di Skudai, Johor, Februari lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif SUKIPT, Hazally Jali, berkata itu adalah insiden pertama sejak tiga edisi SUKIPT diadakan bermula 2012.
Selaku penganjur, SUKIPT berhak untuk menarik balik pingat kemenangan atlet yang terbabit dengan isu doping, namun hukuman selanjutnya tertakluk kepada persatuan sukan terbabit.
"Kami telah menghantar maklumat kepada pihak berkenaan, termasuk juga salinan kepada persatuan. Malangnya, sehingga kini dua atlet tersebut masih belum memberikan maklum balas kepada surat yang telah dikeluarkan.
"Kami telah pun melantik jawatankuasa kami untuk membuat keputusan "judment in default", maknanya dia gagal dan kami akan melakukan penilaian ke atas insiden yang berlaku," katanya.