Chef-de-mission negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, Datuk Marina Chin, melabel persediaan atlet negara kini berada di tahap terbaik walaupun tidak menafikan wujud beberapa perkara kecil yang dibangkitkan sepanjang dia bertugas selaku ketua kontinjen setakat ini.
Berbaki 204 hari sebelum Sukan SEA membuka tirainya, Marina menegaskan atlet negara berada dalam prestasi terbaik mengikut fasa yang telah ditetapkan.
"Tiada masalah besar yang dikemukakan. Cuma isu-isu kecil seperti makanan, itu biasa. Semasa saya berjumpa dengan atlet pun, mereka menunjukkan semangat yang tinggi," katanya.
Marina membuat lawatan dalam sesi latihan boling padang di Klang hari ini bagi memantau suasana latihan dan turut meluangkan masa bersama atlet.
Sementara itu, kapten skuad boling padang, Fairul Izwan Abdul Muin, melahirkan keyakinan skuadnya mampu melepasi sasaran empat daripada lapan emas yang dipertandingkan dalam sukan itu.
"Daripada lapan acara yang dipertandingkan, kami menyasarkan empat pingat emas tetapi jurulatih tidak meletakkan sasaran khusus kepada seseorang atlet.
"Kalau tanya saya mengenai persiapan yang dilakukan, Insya-Allah, kami rasa dapat lebih daripada apa yang disasarkan," katanya.
Skuad negara dilihat teruja untuk membuat penampilan dalam Sukan SEA selepas 10 tahun sukan berkenaan tidak mendapat tempat dalam temasya itu.
Dalam Sukan SEA nanti, boling padang akan dipertandingkan di Pusat Boling Padang Negara, Bukit Kiara, dari 22-27 Ogos.