Skip to main content

Sukan SEA

Atlet diingatkan agar lebih waspada

marina-chin-150717.jpg
Chef-de-mission negara ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017, Datuk Marina Chin, meminta semua atlet negara sentiasa berwaspada ketika berlatih di venue yang masih melalui proses naik taraf.

Antara venue yang sedang dalam proses pembaikan itu adalah KL Sports City, Empire City dan Stadium Shah Alam.

Bagaimanapun, memandangkan masa semakin suntuk buat atlet-atlet, mereka terpaksa mengambil risiko dan berlatih di venue berkenaan.

Justeru, Marina berharap agar aspek keselamatan tidak diabaikan oleh semua atlet atau mereka mungkin terpaksa melupakan saingan Sukan SEA disebabkan kecederaan. 

"Saya yakin pihak Jawatankuasa Pengelola KL2017 (MASOC) serta pihak lain yang menjaga venue akan mengambil aspek keselamatan dalam pertimbangan mereka dalam membuat keputusan di mana pertandingan itu akan dijalankan.

"Tanggungjawab saya ialah menyediakan pasukan yang mantap untuk beraksi di venue yang akan ditentukan," katanya.

KL Sports City akan diserahkan kepada Kementerian Belia dan Sukan pada 22 Julai ini, Empire City masih menjalani kerja fasa akhir manakala venue acara bola sepak, Stadium Shah Alam, memerlukan dana RM600,000 untuk memperbaiki bumbung yang rosak.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video