Susulan isu Program Podium, pemerhati sukan negara, Haresh Deol, meminta atlet yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan sukan negara supaya menyertai arena profesional dengan mencari dana dan menguruskan sendiri karier mereka.
Program Podium yang akan dihidupkan semula Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memberikan atlet lebih kuasa untuk menentukan hala tuju karier dan petunjuk prestasi utama (KPI) mereka.
Ia kelihatan bertentangan dengan falsafah sukan negara, namun Haresh beranggapan atlet yang banyak kerenah dan berlagak "diva" perlu bergerak secara profesional tanpa mengharapkan sebarang bantuan kerajaan.
"Kebebasan bersuara itu baik, namun pada masa sama, jika atlet menginginkan kebebasan tersebut, jalan penyelesaiannya adalah dengan mencari dana sendiri.
"Mereka tidak perlu menggunakan dana kerajaan kerana dana itu ditentukan oleh pihak-pihak berkaitan yang sudah memiliki perancangan dan sebab tersendiri mengenai program itu.
"Jika terdapat atlet yang tidak berpuas hati dengan perancangan itu, jalan penyelesaiannya mudah sahaja.
"Dalam era profesional ini, mereka perlu mencari dana sendiri," katanya.
Tentang kemampuan atlet negara bergerak secara profesional pula, Haresh menambah: "Ia amat menyedihkan memandangkan situasi ini tidak berkembang sejak 10 atau 20 tahun lalu.
"Ia agak merisaukan memandangkan industri sukan di negara ini masih belum berada di tahap profesional.
"Kita menganggap sukan di negara ini profesional, namun berdasarkan fakta, ia tidak.
"Jika ia profesional, atlet negara tidak akan mengharapkan dana daripada kerajaan.
"Mereka perlu mencari dana sendiri," katanya.