Bekas pemain ping pong negara, Chan Koon Wah, menyambut baik langkah pemain muda, Ashraf Haikal, yang mengikut jejak langkahnya dengan melebarkan karier ke Sepanyol demi mempertingkatkan mutu permainan sendiri.
Koon Wah merupakan pemain ping pong Malaysia yang pertama berkelana ke Sepanyol. Sejak 1999 sehingga 2009, dia pernah beraksi bersama tiga kelab berbeza, bermula dengan pasukan Zaragoza School, kemudian beralih ke Aiteme La Palma selama dua musim dan seterusnya ke Temespin La Palma selama tiga musim.
Baginya, Ashraf membuat keputusan bijak untuk beraksi di Sepanyol kerana mutu permainan di sana adalah lebih baik di samping struktur liga yang kompetitif.
"Di sana nanti, Ashraf perlu disiplin memandangkan dia berseorangan.
"Dia perlu mencari kaedah untuk membolehkannya dapat berlatih dengan baik," kata Koon Wah.
Ashraf disunting kelab Natacio Sabadel yang berpangkalan di Barcelona dan akan berada di sana selama tiga bulan bermula September ini.
Dengan perkembangan terbaru ini, Koon Wah juga berpendapat ia peluang untuk membuka mata kelab luar negara mengintai barisan pemain Malaysia yang mampu menawarkan kualiti terbaik sebagaimana pemain dari rantau lain.
"Langkah Ashraf ini akan mewujudkan peluang buat mana-mana pemain negara pada masa akan datang.
"Pasukan luar akan dapat menilai tahap permainan pemain Malaysia melalui Ashraf. Dari situ, mereka boleh mempertimbangkan untuk memanggil pemain Malaysia yang lain pula," ujarnya.