Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

ASG: Atlet muda negara perlu awasi perkembangan Thailand, Indonesia

olahraga-asg.jpg
Chef-de-mission (CDM) negara ke Kejohanan Sekolah-Sekolah ASEAN (ASG) 2018, Zainal Abbas, menggesa Malaysia agar lebih berwaspada dengan peningkatan atlet muda dari Thailand dan Indonesia sekiranya ingin bersaing rapat pada masa depan.

Thailand dan Indonesia mempamerkan aksi memberangsangkan untuk turut memberi tentangan sengit kepada Malaysia yang menjadi tuan rumah ASG edisi kali ini.

Indonesia yang merangkul 31 pingat emas secara keseluruhan sememangnya sudah dijangka oleh Zainal untuk mereka mencabar prestasi atlet muda negara, khususnya dalam olahraga dan renang. 

Namun, ia bukan bermakna skuad negara tidak mempamerkan perubahan positif tatkala misi untuk merangkul juara keseluruhan berhasil selepas meraih tempat keempat edisi lalu.

"Tahniah, atlet-atlet Malaysia berjaya membawa Malaysia muncul juara ASG Ke-10 pada 2018.

"Kalau dibandingkan pencapaian atlet pada tahun lalu, nyata peningkatan yang baik dipamerkan atlet negara dalam edisi kali ini. 

"Secara keseluruhannya, atlet negara telah mempamerkan prestasi terbaik mereka walaupun ada yang gagal memenangi emas tetapi kesungguhan yang ditunjukkan oleh atlet adalah sangat mengagumkan," kata Zainal. 
 

Advertisement

Must Watch Video