Bekas pelumba Moto3 negara, Adam Norrodin, menyasarkan gelaran juara dalam perlumbaan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 melalui kelas Supersports 600cc.
Pengalaman dimiliki meyakinkan Adam untuk menempah kedudukan podium bersama pasukan SIC Junior ZK Racing tetapi enggan mengambil mudah prestasi yang bakal ditampilkan pencabar lain.
Adam pernah bersama pasukan Moto3 Petronas Sprinta sebelum ini tetapi digugurkan hujung musim lalu selepas gagal mempamerkan prestasi konsisten selama tiga musim beraksi dalam saingan itu.
Bagaimanapun, pelumba berusia 20 tahun itu mengakui kecederaan yang dialami dalam perlumbaan Moto3 edisi lalu menjadi cabaran bagi menghadapi saingan ARRC pertama musim ini.
"Sasaran saya mahu mendapatkan podium. Sekarang saya masih dapat rasakan kecederaan tetapi ia tidak serius. Musim masih panjang dan saya sasarkan podium," katanya.
Dalam latihan bebas yang dilalui sebelum menghadapi saingan kelayakan esok, Adam berpuas hati mampu memperbaiki catatan masa terbaik, 2 minit 11.189 saat, berbanding catatan terpantas dilakukannya ketika sesi ujian rasmi, 2 minit 11.818s.
"Saya rasa pasukan telah lakukan tugas dengan baik ketika sesi ujian lalu. Kami semakin meningkat. Catatan masa juga membuktikan tetapan pada motor berada di landasan terbaik. Kami masih berusaha untuk mendapatkan sentuhan terbaik."