Skip to main content

Advertisement

Sukan Lain

Arivalagan bidas tindakan MAKAF

syakilla.jpg
Bekas jurulatih negara, Datuk P. Arivalagan, membidas tindakan Persekutuan Karate-do Malaysia (MAKAF) mengarahkan Syakilla Salni Jefry Krishnan bertukar kategori baru kerana ia bakal memusnahkan peluangnya untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Tindakan mengubah kategori bermakna atlet itu tidak memiliki sebarang mata kelayakan Sukan Olimpik Tokyo.

Situasi ini menyaksikan Syakilla bakal beraksi dalam kategori 61 kilogram berbanding menghuni ranking ke-69 dalam saingan 55kg.

Masalah berlaku apabila bekas ranking pertama dunia itu berdepan masalah berat badan dan kecederaan hingga terpaksa menarik diri daripada beberapa kejohanan yang menawarkan mata kelayakan Sukan Olimpik.

Terbaru, bekas pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 itu menarik diri daripada Kejohanan K1 di Qatar dan Austria walaupun sudah sebulan berlatih di Amsterdam, Belanda.

"Jika saya yang dipertanggungjawab menguruskan Syakilla, saya akan mengekalkan dia dalam kategori 55kg. Mengalihkan kategori Syakilla menyaksikan dia terpaksa bermula dari kosong," kata Arivalagan.

"Jika saya masih lagi mengendalikan skuad negara, saya memiliki peraturan khas buat atlet-atlet. Saya tidak membenarkan mereka tinggal di Majlis Sukan Negara (MSN). Hostel di sana sekadar transit." 

Syakilla akan membuat keputusan Selasa ini sama ada mengikut arahan MAKAF atau meninggalkan skuad kebangsaan.
 

Advertisement

Must Watch Video