Jurulatih skuad ragbi negara, Lee Nyuk Fah, mengharapkan K. Dineshvaran atau dikenali sebagai Dugro mampu membantu Malaysia dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC) Divisyen Premier dan segera pulih daripada kecederaan tangan.
Kelibat pemain itu tetap menjadi keutamaan Nyuk Fah kerana dia merupakan tulang belakang skuad negara yang bakal menghadapi saingan tiga penjuru bertemu Hong Kong dan Korea Selatan, dari 28 April hingga 26 Mei depan.
Sehingga saat ini, pemantauan pemulihan Dugro dalam perhatian ketat pihak kejurulatihan dan pemain itu dijangka pulih sebelum saingan sebenar nanti.
Namun, segalanya terserah kepada keputusan kelab pemain itu, Yamaha Jubilo, sama ada akan membenarkan Dugro beraksi atau sebaliknya.
"Kami perlu menunggu keputusan doktor serta lampu hijau daripada majikannya di Jepun untuk Dugro diturunkan dalam Kejohanan ARC.
"Ini merupakan kejohanan yang serius.
"Kami tidak akan memaksanya untuk beraksi sekiranya tidak mendapat kelulusan daripada doktor dan kelabnya," kata Nyuk Fah.
Enam pemain naturalisasi dari Fiji dan Samoa terus menjadi pertaruhan skuad negara apabila khidmat seorang lagi pemain naturalisasi dari Fiji, John Maruwa, sedang diusahakan.
Seramai 25 pemain akan menggalas cabaran negara selain lima pemain diletakkan dalam senarai menunggu.
"Dia (Maruwa) merupakan pemain penting dalam kancah di Lithuania.
"Jadualnya agak ketat, kami cuba sedaya-upaya mendapatkan khidmatnya.
"Dia merupakan salah seorang pemain terbaik dalam pasukan 15 sepasukan ini," tambahnya.